Cerita Dikit Pengalaman Keluar 40 Hari

Dengan perasaan yang membara bertolak dari masjid bandar Pasi ke kampong dipuncak gunung dengan berjalan kaki yang jaraknya agak jauh. Apabila sampai dikampong yang kami tujui itu yang mula2 menyambut kedatangan kami ialah sebuah gereja yang diperbuat daripada papan dan kayu, kemudian sekolah tadika mubaligh kristian kemudian baru jumpa rumah orang kampong, berjalan lagi baru jumpa masjid , juga diperbuatdaripada kayu dan papan yang agak lama.Sampai dimasjid kami mesyuarat dan terus menghantar jemaah khususi door to door, Alhamdulillah bila sahaja jumpa orang kampong yang diajak terus datang ke masjid terus duduk dalam taklim, pada hari pertama sahaja dah suku masjid orang kampong datang, jemaah sudah jadi gelabah sebab mereka ni taknak balik rumah, makan yg dimasak hanya cukup untuk jemaah atau lebih sedikit. jadi orang khidmat tambah lagi masak makanan, semua makan tengah hari di masjid, lepas makan pun mereka juga tidak mahu pulang , rupa-rupanya mereka ini berminat dengan agama sebab apabila kita terangkan pada mereka akan kelebihan amal agama ni mereka seronok nak belajar dan beramal, kami kena korbanlah tidur buat beberapa halkah untuk mengajar asas solat seperti cara solat dan bacaan dalam solat, kebanyakkan mereka tidak tahu bersolat, yang tahu pun banyak yang salah dalam melakukan ketertiban solat dan juga dalam bacaan mereka.Halkah ini berjalan sampai asar. Lepas asar beri kelebihan dakwah dan ajak untuk keluar ziarah umumi rumah ke rumah, semua orang tempatan angkat tangan nak ikut, masyaallah hebat sungguh puak yang dahulunya makan orang kini telah mengangkat tangan dengan sungguh2 untuk buat kerja nabi saw. lepas minum petang terus buat adab ziarah cara rasul saw, lepas tu tanya siapa yang nak jadi penunjuk jalan semua angkat tangan setelah mendengar kelebihan, begitu juga dengan jurucakap dan juga ameer jemaah, semua angkat tangan. Apabila ziarah dalam kampong bermula ramailah yang diajak terus datang masjid untuk mendengar takril atau ceramah iman di masjid hinggalah kemagrib. Waktu solat magrib, masjid dah separuh lebih penuh termasuk wanita dan kanak2. antara mereka ada yg tidak solat magrib.

Waktu bayan lepas magrib semuanya dudukdengar bayan, apabila taskil dibuat untuk keluar jalan allah , semua angkat tangan termasuk wanita dan kanak2. Lepas isyak semua ahli jemaah kumpulkan orang yang beri nama untuk iktilat. Malam tu kami terpaksa mentaakhirkan makan malam kerana makanan sudah tak cukup dan kita terpaksa melayan mereka yang kehausan agama, jadi kitalah kena ajar mereka. Pendek cerita kami makan malam lewat dan terus tidur, teramatlah letih satu hari tak rehat tapi seronok kerana dapat tiru macam sahabat nabi saw..

Pendek ceter besuk subuh ramai yang datang solat subuh, lepas bayan subuh pesan kepada mereka datang jam 8 pagi, sempatlah kami makan pagi, sebelum jam 8 pagi mereka dah sampai siap bawa petai, jering dan ulaman untuk jemaah makan, lepas mesyuarat kami bentuk jemaah khususi untuk pergi semua rumah-rumah dikampong tu.Kami tinggal disitu saya tak ingat berapa hari tapi lebih dari 4 hari, setiap hari kami tak pernah tidur siang kerana mengajar mereka solat.

Dalam masa tu semua rumah kami tak tinggal semua kami ziarah dan jumpa penghuninya dan semua mereka datang ke masjid. 11 orang telah azam untuk keluar 40 hari di Medan. Mereka kurang wang perbelanjaan untuk keluar 40hari tapi kami mesyuareat dengan dengan cara membeli ayam, beras dan apa sahaja yang jemaah boleh guna, semua makanan yg kami beli itu pun untuk ikram mereka makan,kerana mereka bersama kami dari pagi sampai malam dan makan bersama kami. Masa khususi saya teringat sampai sekarang bila saya dan seorang tempatan khususi sebuah rumah yang jauh terpencil dari kampong, rumahnya amat kecil dan uzur, bila saya sampai dan rahbar memberi salam, saya lihat seorang lelaki separuh umur membuka pintu, setelah diterangkan saya ini bapak dari Malaysia dalam dialek batak yg saya tak faham, maka dia terus meluru pada saya dan memelok saya sambil menangis dan ia berkata “bapa selama ini tiada seorang pun yang sudi datang kerumah saya kerana kemiskinan saya tapi hari ini saya syukur kerana bapak dari Malaysia datang jumpa saya dirumah yang buruk ini” itulah kurang lebih dialognya pada saya.

Saya terangkan maksud kedatangan kami, tanpa banyak soal dia terus salin pakaian terus ikut kami ke masjid, dia merupakan orang yang terakhir kami jumpa. Selama beberapa hari kami di situ hubungan kami dengan penduduk kampong rupanya dah mesra , tak kira lelaki wanita dan kanak-kanak. Mereka cukup gembira selama kami berada disitu, mereka melayan kami, berhasrat untuk memberi makan pada kami tapi mereka miskin, yang mereka mampu beri kami makan ialah Petai dan jering dan ulaman , ubi kayu itu saja tapi mereka ikhlas ikram kami.

Masa untuk kami pulang keMedan dah tiba, pada pagi hari yang kami nak berangkat ke Medan membawa jemaah tunai 40 hari keMedan seramai 11 orang menjadi kenyataan, semua penduduk datang ke masjid lelaki perempuan dan kanak2, setelah berkumpul amersab sendiri telah beri bayan hidayat dan adab perjalanan pada jemaah. Disinilah suasan sedih dan pilu menyelubungi penduduk tempatan dan ahli jemaah, semuanya menagis dan apabila amersab mula berdoa semua orang tanpa segan silu menangis berhamburan air mata sungguh2 termasuk kanak2. Apabila habis doa kami turun dari masjid untuk balik ke Medan semua penduduk berbaris untuk bersalam (wanita tidak salam dengan kami kerana amersab dah terangkan pada mereka tak boleh salam dengan lelaki bukan muhram) dengan tangisan berpanjangan.

Selesai salam kami pun berjalan sehinggalah sampai ke sekolah tadika mubaligh kristian. Sampai sahaja kami disitu, kanak2 tadika dah siap berbaris menyambut dan bersalaman dengan kami sambil menangis, kami apalagi lihat saja kanak kanak tadika ini menangis terus saja menagis lagi kerana belas kasiahan pada mereka ya g haus pada agama, jadi kami doa semuga 11 orang yng ikit kami tunai 40hari akan menjadi aset untuk usaha agama disitu.

Setahun selepas itu di malam markas Masjid India Kuala Lumpur ada bayan daripada jemaah 4 bulan dari Indonesia, selepas bayan taskil dibuat dihadapan termasuklah ahli jemaah mereka, takdir Allah dihadapan saya ada seorang ahli jemaah tersebut, dia pun sebuk taskil kiri kanan depan belakang, bila ditoleh kebelakang, saya tunduk kepala kerana akan ditaskil, terkejut saya apabila dia peluk saya dan sambil menyebut nama saya “Pak musa” bila saya pandang rupanya dia adalah salah seorang dari yang 11 orang keluar 40 hari dulu, sekarang sedang keluar 4 bulan di Malaysia. Dia beri karguzari masjid tempatnya itu telah jadi morhalah yang kuat dan kerja amat maju, sebulan sekali mereka turun ke Medan untuk keluar 3hari, 11 orang dulu tu menjadi tonggak kerja disana.Begitulah bila usaha atas agama dibuat sungguh-sungguh puak yang dahulunya tak kenal agama dan makan orang lagi, boleh jadi dae yang ikhlas pada Allah, semuga Allah terima kita dan seluruh umat nabi saw untuk buat korbanan diri dan harta atas agama Allah swt. Dicatat oleh mu

Satu Tanggapan

  1. tidak ada cara yg plg ampuh utk meningkatkan iman dan amal serta memperbaharui iman hanya dengan kerja dakwah, korbankan harta kita, waktu kita, diri kita, perasaan kita untuk menyenangkan Allah dan RosulNya. siapa mau ambil bagian dlm kerja dkwah ini ?

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: