Albani Mudah dan Suka Mengkritik Imam-Imam Ahli Hadits Tsk Imam Suyuti, AD-Dzahabi Dll.

Beliau ialah Abu ‘Abd Rahman Muhammad Nasiruddin Ibn Nuh Najaati al-Albaani. Dilahirkan dlm sebuah keluarga miskin yg berpegang teguh kpd agama di bandar Asyquderah, Albania pd tahun 1914 M. Bapanya merupakan seorang bekas graduan dari Kolej Guaman, Istanbul. Akibat dari tekanan hidup disana, beliau bersama keluarganya berpindah ke Damsyik, Syria. Akhirnya memilih kota Amman, Jordan sebagai destinasi terakhirnya pd Ramadhan 1400 H.

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah al-Isa’af al-Khairiyah di Hayyu al-Bazuriyah, Damsyik. Selepas itu beliau menerus dan menamatkan pengajiannya disebuah sekolah baru berdekatan dg pasar Sarujah, Damsyik. Disamping mempelajari al-Qur’an, bahasa Arab dan Fiqh Hanafi daripada bapanya, beliau juga sempat mempelajari dg bbrp orang syeikh di Damsyik. Akan tetapi, Syeikh tersebut tidak dinyatakan di dlm terjemahannya[*]. Beliau mula berminat dg ilmu hadith ketika usianya lebih kurang 20 tahun. Paparan tulisan Rasyid Redha di dlm majalah “al-Mannar” dan metod yg dibawa oleh Ibn Taimiyah byk mempengaruhi dirinya.

Bertitik tolak dari sinilah, beliau mula membuat kajian berbentuk ulasan dlm ilmu hadith dg mengemaskini sumber hadith “al-Ihya ‘Ulum al-Din” yg telah disusun oleh al-Hafiz al-Iraqi. Usaha ini dijalankan oleh beliau di Maktabah al-Zohiriyah Damsyiq dg membahagikan masa enam hingga lapan jam sehari. Seterusnya hasil penulisan beliau dlm bidang hadith semakin bertambah dari semasa ke semasa. Antaranya ialah al-Silsilah al-Hadith al-Sahihah, al-Silsilah al-Ahadith al-Dhaii’fah, Sahih Sunan al-Nasa’ie, Sahih Sunan Ibn Majah, Sahih Sunan Abu Dawud, Sifat al-Solah al-Nabi, Sahih Tarhib wa al-Targhib dan lain-lain lagi. Hasil karya beliau ini menjadi rujukan utama oleh al-Salafiyah.

Golongan al-Salafiyah menganggapnya sebagai seorang tokoh yg agung pd abad ini. Mereka menobatkan beliau sebagai seorang tokoh al-Muhaddith al-Kabir, hampir sedikit sahaja lagi mencecah darjat Imam Bukhari di dlm ilmu hadith. Oleh yg demikian, beliau diberikan beberapa keistimewaan oleh al-Salafiyah khususnya dari Kerajaan Arab Saudi. Kelebihan itu termasuklah ditawarkan menjadi tenaga pengajar ilmu hadith di Universiti Islam Madinah.

Disamping berijtihad di dlm beberapa hal tentang hadith, beliau juga begitu berani melancarkan kecaman yg keras serta kritik2 yg pedas kpd Imam-imam hadith yg terdahulu. Buktinya, di dlm kitab “al-Silsilat al-Ahadith al-Dhai’if” (m.s. 479, jld. 3), beliau mencemuuh Imam al-Sayuti dg katanya “aneh sekali, lihatlah bagaimana al-Suyuti tdk segan meletakkan hadith ini di dlm kitabnya “al-Jami’ al-Soghir”.

Dalam tinjauan kita terhadap kitabnya yg lain “al-Ghaayat al-Maram” (m.s. 35), beliau mengecam al-Hafiz al-Zahabi katanya “lihatlah berapa byk perkara ini berlaku disebabkan kurangnya pemerhatian dan pengkajian beliau (al-Zahabi) yg mendalam.”

Pd sudut yg lain pula, iaitu di dlm kitab “Sahih al-Targhib wa al-Tarhib” (m.s. 166, jld. 3) beliau mengkritik dg keras Imam al-Hakim, Hafiz al-Munziri dan al-Zahabi katanya: “Kesemua mereka ini melakukan pekerjaan tanpa adanya tahkik (pengkajian) bahkan menyerahkan sesuatu perkara berdasarkan taklid (ikutan). Bagaimana mungkin seseorang muhaqqiq ingin mentashihkan (mengesahkan) isnad-isnad ini.”

Di dlm kitab “Silsilat al-Dhai’if” (m.s. 458, jld. 3) beliau menyifatkan al-Hakim dg katanya, “Sesungguhnya ini adl kesalahan al-Hakim yg sangat keji”. Beliau menyifatkan Ibn Hajr al-Asqalani dengan “tanaqudh” (bertentangan) di dalam “Silsilat al-Dhai’if” (m.s. 267, jld. 3). Banyak lagi contoh2 kritikan beliau terhadap para ‘ulama yg terdahulu yg tdk sempat kami kemukakan disini.

Namun begitu, alhamdulillaah.. kami berjaya utk membandingkan antara hasil karya beliau dg beberapa ‘ulama yg lain dlm mencari natijah. Kami manfaatkan fakta-fakta ini hasil tekun usaha Tuan Guru kami ‘Allamah Hasan al-Saqqaf. Beliau mengumpul “kriteria” al-Albaani ini di dlm kitabnya yg khusus yg diberi judul “kamus Syataa’im al-Albaani” (himpunan celaan al-Albaani).”

Walaupun golongan al-Salfiyah sekarang byk berpegang kpd hujjah al-Albaani, namun pegangan tsb langsung tdk mempunyai apa2 makna. Baik kpd teori ilmu mahupun praktikal secara amnya. Ini kerana perkataan atau ijtihad al-Albaani kebanyakannya tdk boleh dinilai-pakai sebagai hujjah. Selain pendapatnya sendiri bercanggah dg mazhab Hanafi, kita juga boleh melihat berapa byk hadith-hadith sahih yg dijadikan dalil dan hujjah di dlm mazhab fiqhiyyah ditad’ifkannya (dihukum lemah) oleh beliau. Bahkan berapa byk pula hadith dhaif, maudhuk serta mungkar ditashihkannya (dihukum sahih) pd waktu yg sama.

Al-Albaani juga seringkali mensahihkan hadith dan mentad’ifkan hadith dg matan dan sanad (rijal) yg sama. Tuan Guru kami telah mencatat sikap al-Albaani ini di dlm kitabnya “al-Tanaqudhaat al-Albaani al-Waadhihat” (kontradiksi al-Albaani yg jelas) sebanyak tiga jilid. Ia mengandungi 7800 hadith berserta rijal hadith (perawi). Insya Allah jumlahnya akan mencecah 10000 hadith hasil hukum tashih dan tad’if al-Muhadith al-Albaani. Tidakkah perbuatan ini mempermain-mainkan al-Sunnah? Sungguh ajaib sekali bagi al-Salafiyah yg mengiktiraf al-Albaani sebagai al-Muhaddith. Jika benar dia seorang Muhaddith, nescaya dia akan merujuk kembali perbuatan salah-lakunya itu. Namun, sejak dari beliau mula menulis sehinggalah beliau meninggal dunia pada 2hb 10 1990 yg lalu, kami tdk mendapati beliau mengakui kesalahannya ini. Sebaliknya para al-Salafiyah terus menyuburkan sifat fanatik dan ta’asub mereka terhadap pendapat al-Albaani.

Selain itu, al-Albaani juga melakukan ijtihad di dlm ilmu fiqh berdasarkan konklusinya terhadap satu-satu hadith. Antara ijtihadnya yg paling masyhur dlm masalah fiqhiyyah ialah menggerakkan jari telunjuk dlm sembahyang (tasyahhud). Perbuatan ini boleh kita lihat pd orang-orang Arab yg kurang arif dg ilmu agama dan pendapat mazhab.

Di dlm kitab “Sifat al-Solah”[**]-nya al-Albaani menyifatkan perbuatan menggerakkan jari (secara berterusan) itu adl sunat. Ini adl hujjah yg rapuh dan tdk terdapat di dlm pegangan mana2 mazhab. Bagi mazhab al-Syafi’ie, Imam Nawawi telah mengemukakan fatwa di dlm kitabnya “Fatwa al-Nawawi” bhw disunatkan menggerakkan jari telunjuk itu hanya sekali sahaja. Iaitu ketika menyebut lafaz (Laa ila ha illallaah) pd hamzah. Dalam soal ini, Tuan Guru kami telah menjawab hujjah al-Albaani di dlm kitabnya “Tahrik al-Isba’ fi al-Solah”. Rujuklah disana, mudah2an kalian mendapat petunjuk.

Selain Tuan Guru kami, pendapat al-Albaani juga turut mendapat kritikan yg hebat daripada para alim-ulama’ yg lain. Antaranya ialah ‘Allamah Syeikh Muhammad Zahid al-Kauthari, ‘Allamah Syeikh Abdullah al-Ghumari, ‘Allamah Syeikh Muhammad Zamzami al-Ghumari dan ramai lagi. ‘Allamah Syeikh Said Mamduh pula mengarang dua kitab khusus utk menolak pendapat al-Albaani. Kitab tersebut berjudul “Wusul al-Tahani” dan “Ta’adda al-Albaani fi Sahih Muslim” (kelampauan al-Albaani terhadap sahih Muslim). Al-Muhaddith Habib al-Rahman juga turut mengkritik al-Albaani. Kritikan itu beliau namakan “al-Albaani, kesalahan dan kesamarannya”. Manakala satu lagi kitab yg juga merupakan penolakan terhadap pendapat al-Albaani ialah “Bayan Auham Albaani” yg dikarang oleh al-A’d Salim Tayyim. Perbincangan yg disertai dg dalil dan hujjah didlm kitab2 diatas membuktikan kpd kita bhw beliau belum layak utk dianugerahkan sebagai al-Muhaddith. Wallahu a’lam.

Kesimpulannya, dakwah salafiyah al-Albaani ini sama sekali tdk menepati dakwah yg telah dianjurkan oleh para ulama’ salaf yg terdahulu spt Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’ie, Imam Ahmad, dan lain2. Semangat tradisional buta yg ditegakkan dlm aspirasi salafnya tdk membawa apa2 makna kepada kita. Sebaliknya hanya mampu menimbulkan huru-hara dan perpecahan sahaja. Kita boleh melihat uslub (gaya bahasa) yg digunakan oelh beliau di dlm kitab2nya. Kenapa kita harus berpedoman tanpa pegangan. Mana satukah yg menjadi pilihan, al-Salaf al-Zamaniyah (yg sebenar) atau Salafiyah yg disandarkan? Wallahu a’lam.

[*] Hal ini membuktikan bhw al-Albaani tdk mempunyai Tuan Guru. Bahkan pengisian ilmu ke dlm jiwanya hanya merupakan inisiatif dirinya sendiri.

[**] Kitab “Sifat al-Solat” al-Albaani ini telah diterjemahkan oleh Abdullah al-Qari dan telah dijual dikedai2. Berhati2lah di dlm kitab ini terdapat hadith2 yg mengelirukan hasil usaha al-Albaani. Kami mempunyai penolakan hujjah terhadap al-Albaani. Sila dapatkan terjemahan kami yg berjudul “Sahih Sifat al-Solah”, atau ciri2 sembahyang Nabi yg sahih. Buatlah perbandingan diantara keduanya.Adz-Dzahabi

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: