JT Berhasil Menerobos Laos Untuk Sebarkan Islam

“ENCIK keluar sini, masuk kanan ada papan tanda ‘Vientiane Jamia Masjid’, ikut kiri tanda arahnya, encik akan jumpa masjid.” Kata Ali. tuan punya ‘Ali Restaurant’ dekat pusat bandar Viantiane, bila saya tanya di mana masjid.

Di kota Viantiane (baca viencen) ada 2 masjid, tak lebih dari 400 orang Muslim disini. Masjid Jamik atau yang lebih populer dengan masjid Pakistan, di situlah tempat umat Islam yang kebanyakan dari kedutaan negara luar sholat Jumaat. Dikatakan imamnya sudah 40 tahun menjadi Imam di masjid ini. Beliau berasal dari India, kembali setahun sekali ke India kerana keluarganya masih tinggal di India. Di masjid ini, di tingkat bawahnya ada madrasah untuk anak-anak Muslim yang kebanyakan dari India, Pakistan, Kasmir dan Bangladesh. Masjid ini terletak hampir di tengah kota Viantiane, dekat air pancut City Center.

Masjid ini juga menjadi pusat komuniti Islam. Ketuanya dipilih jamaah disana 3 tahun sekali. Beberapa pengusaha restoran di Viantiane menjadi pengurus jamiah, kebanyakan pengelola restoran rumah makanan halal adalah warga pendatang. Ada Nazim Restourant, Tajmahal Restourant, dan Fatimah Restourant. Banyak juga orang asing bukan Islam yang makan di restoran halal tersebut, sehingga tak heran meskipun tertulis ‘halal food’ tetapi mereka tetap juga menyediakan wine, beer dan wiskey, yang jelas haramnya menurut syariat Islam.

Viantiane adalah ibukota negara Lao atau Laos, menggunakan bahasa resmi Laos. Pemerintahan Presiden dan Perdana Menteri, bagi negara komunis Choummaly Sayasone Bouasone Bouphavanh. Merdeka dari Perancis pada 19 Julai 1949. Republik Demokratik Rakyat Laos adalah negara yang terkurung di daratan Asia Tenggara, berbatasan dengan Myanmar dan Republik Rakyat China di sebelah barat laut, Vietnam di timur, Kemboja di selatan, dan Thailand di sebelah barat. Dari abad ke 14 hingga 18 disebut Lan Xang atau ‘Negeri Seribu Gajah’.

Awal sejarah Laos, didominasi oleh Kerajaan Nanzhao, diteruskan pada abad 14 oleh kerajaan lokal Lan Xang hingga abad ke 18, setelah Thai menguasainya. Kemudian Perancis menguasainya pada abad ke 19 dan bergabung dalam Indochina Perancis pada tahun 1893. Selepas penjajahan Jepun selama Perang Dunia ke II, negara ini merdeka dengan nama Kerajaan Laos di bawah pemerintahan Raja Sisavang Vong. Kegoncangan politik di negara tetangganya Vietnam, membuat Laos menghadapi Perang Indochina ke 2 (disebut juga Perang Rahsia) yang lebih besar, antara penyebab ketidakstabilan negaranya hingga terjadi perang saudara dan beberapa kali rampas kuasa (kudeta).

Pada 1975 kaum komunis Pathet Lao yang didalangi Soviet Union dan komunis Vietnam berjaya menendang pemerintahan Raja Savang Vatthana sokongan Amerika Syarikat dan Perancis. Setelah mengambil alih negara ini, mereka mengganti namanya menjadi Republik Demokratik Rakyat Laos yang masih berdiri hingga kini. Laos mempererat hubungannya dengan Vietnam dan mengendurkan larangan ekonominya pada akhir dekad 1980 dan masuk ASEAN pada 1997. Jika dilihat dari sudut politiknya pula, satu-satunya parti politik yang diakui di Laos adalah Parti Revolusioner Rakyat Laos (LPRP).

Ketua negaranya adalah seorang presiden yang ditentukan oleh parlimen untuk masa jabatan 5 tahun. Ketua pemerintahnya adalah seorang Perdana Menteri yang ditunjuk oleh Presiden dengan persetujuan dari parlimen. Perlaksanaan pemerintahan ditentukan oleh partai melalui 9 anggota yang sangat berkuasa dan 49 anggota Komite Pusat. Keputusan pemerintah yang penting ditentukan Dewan Menteri. Laos mempunyai perlembagaan baru sejak 1991. Akhirnya diadakan pilihanraya umum. Begitulah politik negaranya.. kira-kira.

Berbalik mengenai masjid di dalam negara komunis seperti yang disebutkan. Ada satu lagi masjid di sini, iaitu kira-kira 3 Km dari pusat bandar, tapi saya tak sempat pergi. Saya sholat Magrib-Isyak (Qasar & Jamak) di sini. Ada kira-kira 10 orang sembahyang berjamaah. Rata-rata berpakaian serba putih, berjanggut lebat dan panjang, macam orang keturunan dari benua India. Lepas sholat, mereka berhenti sejenak, ber’ta’alim’, sesaorang berceramah dikelilingi dan didengari oleh yang lain. Itulah gaya dakwah dari kumpulan Jamaah Tabligh., pada hemat saya. Di Malaysia pun ada. Kalau di Malaysia mereka berpusat di Desa Petaling sekarang, sebelumnya di Masjid India KL.

Di negara-negara orang Islam Kumpulan Jamaah Tabligh kurang mendapat tempat istimewa. Ada yang mengkritik mereka hanya menumpukan ke arah ‘ibadat khusus’ sahaja. Tidak perduli siapa yang memerintah dan ‘ibadat-ibadat umum’ yang lain. Menekankan dakwah atau ‘keluar bertabligh’ dengan gaya tersendiri menentukan sasaran jumlah hari. Walau apapun tanggapan, mereka berjaya menorobos masuk berdakwah di dalam negara-negara bukan Islam. Tak perlu kita bising-bising, masing-masing bekerja kerana Allah mengikut kemampuan masing-masing. Yang hanya mampu jalan kaki, jalan kakilah! Yang mampu naik flight, naik flightlah!
Banyak bertengkar, takut semuanya tak jadi kerja. Dalam sebuah kitab ada di sebutkan, pemimpin Jamaah Tabligh, Maulana Elias pernah menyeru pengikutnya supaya melaksanakan Islam secara syumul. Di Laos, nampaknya puak-puak tabligh ini berjaya menghidupkan Islam. Al-hamdulillah.

Mengenai saya pula, ramai yang e-mail bertanya khabar. Sihat Al-hamdulillah. Cuma malangnya saya sendiri sekarang terbantut perjalanan di sini kerana beberapa sebab…

1… Kerana bajet lari, se waktu melintasi sempadan melalui jalan darat banyak guna wang di luar jangkaan.
2… Menjelang tahun baru, sering berlaku kehabisan tiket-tiket dan bilik sewa murah. Menyebabkan perjalanan tertunda dan kos perbelanjaan meningkat.

3… Mata wang Vietnam yang saya tukar berlebihan tidak dapat ditukar kembali di Laos, menyebabkan saya terpaksa simpan dan tidak boleh digunakan.

4… Bajet guna internet meningkat di luar jangkaan. Di China agak murah, tapi di Vietnam dan Laos mahal sikit.

Hal ini menyebabkan saya seolah-olah sesak nafas, kerana kos perbelanjaan yang tersedia cuma ‘cukup-cukup makan’ saja. Teringat kepada kata kawan saya sewaktu nak memulakan mana-mana perjalanan, “Bawa duit biar banyak, kalau takdak duit jangan jalan!”

“Nak tunggu banyak duit… bila nak berjalan? Kerana saya selalu tak cukup duit.” Jawab saya.

Teringat saya lagi kepada kata-kata Allahyarham Ustaz Abu Bakar Hamzah bekas pemimpin awalan PAS yang mengembara dari sebuah negara ke sebuah negara hingga ke Eropah. Beliau akhirnya berjaya sambung pelajaran di sebuah universiti di sana, walaupun kurang wang dan terpaksa ambil upah cuci pinggan di restoran menurutnya, seperti yang diceritakan kapada saya sendiri.

“Kalau ada wang pergi, pergilah! Jangan fikir wang balik. Wang balik mesti ada, dengan izin Allah!” Nasihatnya pada saya, bila saya tanya pandangan dan penglamannya tentang tiada wang untuk bermusafir.
Hal ini mengingatkan lagi kisah seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Zar Al-Ghifari, beliau tidak pernah memikirkan tentang harta dan bekalannya untuk besok.. Berapa yang ada, belanjakan! Begitu juga dengan sifat dermawan ibu Abdullah bin Zubair, iaitu Asma binti Abu Bakar, anak Khalifah Islam yang pertama. Mungkinkah sama dengan seorang lagi kawan saya yang beristeri ramai, bila ditanya mengenai pengalaman dan nasihatnya kepada bakal suami-suami yang nak berpoligami…
“Kalau kamu nak kahwin, kawinlah kerana Allah! Dua, tiga atau empat… Jangan risau apa kata isteri tua atau orang lain, kerana semuanya mesti ada jalan selesai yang baik akhirnya. Kahwin dulu, selesaikan kemudian!” Katanya sebagai jalan selesai.
Sekian untuk kali ini.

Ibnu Hasyim

3 Tanggapan

  1. mantab lah keliling terus

  2. Assmlkm,
    mohon ijin copy print ya..buat kargozari.., afwan..syukron
    smoga Allah merahmati anda, aaamiiin.

    salam

    iim

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: